Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, gunung berkenaan berisiko tinggi terutamanya pada laluan trek mendaki, malahan kawasan tapak perkhemahannya juga mengalami mendakan tanah serta kerosakan teruk.

"Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Perhutanan Gerik untuk perhatian dan tindakan.

"Diharap pihak berkenaan tidak memberi kebenaran kepada pendaki untuk mendaki gunung tersebut kerana ia berisiko tinggi selain atas faktor keselamatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE