Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Guna wang dividen
ASB rawat kanser

TEMERLOH 20 April - ‘Sediakan payung sebelum hujan.’ Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi Abd. Wahi Taib, 59, antara pelabur setia Amanah Saham Bumiputera (ASB), unit di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

ONG LEAN DAI

Abd. Wahi yang be-kerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selama 39 tahun meng­gunakan sebaha­gian duit pelaburan ASB untuk mengubati isterinya yang menghidap penyakit kanser payu dara sejak 2008.

Katanya, sehingga kini, beliau telah membelanjakan hampir RM200,000 untuk kos rawatan isterinya, dan menegaskan pada usia sebegini, dividen pelaburan amat penting untuk menampung kehidupan yang lebih selesa di masa depan.

“Lebih-lebih lagi sekarang, kos perubatan amat tinggi dan saya bernasib baik mempunyai simpanan untuk membantu mengubat penyakit insan tersayang dalam keluarga. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 di sini hari ini.

Menurut Abd. Wahi, beliau telah melabur di dalam ASB sejak 1979 dan ini merupakan kunju-ngan pertamanya ke MSAM.

Dalam pada itu, beliau menyatakan hasrat untuk mendapat pulangan dividen yang memberangsangkan pada tahun ini dan masa akan datang.

Sementara itu, pelabur kaum Cina, Ong Lean Dai, 53, mengakui amat berbangga apabila memegang kesemua buku pelaburan untuk bukan bumiputera.

Anak jati Temerloh itu yang bekerja sebagai kakitangan Khidmat Pelanggan di Maybank sejak 1984 berkata, kadar risiko yang rendah membuatkannya terus setia melabur dengan unit-unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Jelasnya, walaupun PNB atau ASNB ditubuhkan untuk membantu kaum bumiputera, PNB turut berkongsi kemakmuran dengan kaum-kaum lain di Malaysia demi keharmonian negara.

“Individu yang berani mengambil risiko dengan menceburi bidang perniagaan. Dengan simpanan di ASB, saya mula mencuba untuk berniaga secara kecil-kecilan.

“Hasil dan keuntungan daripada perniagaan dilaburkan semula di ASB bukan hanya untuk diri malah untuk anak-anak supaya taraf pendidikan dan kehidupan mereka menjadi lebih baik,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain