Nasihat itu dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berikutan penutupan beberapa jalan di ibu negara bersempena himpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka esok.

Dalam satu kenyataan, KTMB memberitahu, penumpang ETS juga boleh sama ada mahu mendapatkan pemulangan tambang penuh sekiranya ingin membatalkan perjalanan atau membuat pertukaran tarikh perjalanan bergantung kepada kekosongan.

Selain itu, KTMB juga mengingatkan pengguna KTM Komuter untuk memiliki kad Komuter Link atau Touch n Go dengan baki minimum mencukupi.

"Ini kerana kaedah bayaran tambang tanpa tunai telah mula dilaksanakan sepenuhnya di semua stesen KTM Komuter bermula 10 September lalu.

"Kad Komuter Link boleh didapati di kaunter-kaunter tiket KTM Komuter bagi mereka yang tidak mempunyainya," jelas KTMB menerusi kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE