Titah baginda, ramai yang mengatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sengit namun itu bukan perkara yang perlu dibimbangkan oleh rakyat.

“Sudah menjadi kelaziman kita pilihan raya diadakan setiap lima tahun kerana demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara kita.

“Pilihan raya bukanlah perkara baharu, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hari mengundi merupakan hak rakyat untuk memilih sesiapa yang difikirkan sesuai menjaga masa hadapan tuan-tuan dan anak cucu, gunakanlah sebaik mungkin,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam majlis ramah mesra dan pengurniaan sumbangan Kepada golongan yang memerlukan bantuan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ching di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah mengingatkan rakyat supaya memastikan tidak ada pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan antara kaum dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi . - UTUSAN ONLINE