DMJ

DMJ dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sengaja tidak mahu menyerahkan kuasa untuk memilih dan melantik Jawatan Awam Utama diberikan kepada PSC.

Katanya, tindakan Dr. Mahathir ini bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) iaitu Janji 16 untuk mengembalikkan wibawa institusi Parlimen dengan memberikan kuasa kepada PSC dalam memilih calon yang akan menyandang jawatan-jawatan penting dalam Jawatan Utama Awam seperti jawatan Ketua Polis, Ketua Hakim dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

DMJ sedia maklum bahawa kuasa melantik seperti Peguam Negara, Ketua Polis, Ketua Hakim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan jawatan-jawatan utama yang lain adalah kuasa Perdana Menteri seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta-akta tertentu.

Namun adalah menjadi janji PH sebagai kerajaan memerintah untuk memenuhi tuntutan yang terkandung dalam Manifesto PH dan iltizam dalam era Malaysia baharu yang ingin menjadi kerajaan telus dan berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama DMJ berkata, sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir mesti bersunguh-sungguh merealisasikan janji tersebut dan sewajarnya memberikan kuasa tersebut kepada PSC untuk memutuskan calon-calon jawatan utama awam tersebut.

Jelas DMJ, pihaknya hanya bertindak menyampaikan nama kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda bagi memenuhi kriteria ‘atas nasihat Perdana Menteri’ dalam Perlembagaan Persekutuan.

“DMJ percaya bahawa penggunaan ‘kuasa mutlak’ yang ada pada Dr. Mahathir dalam pelantikan Jawatan Awam Utama yang telah berlaku kebelakangan ini akan merencatkan proses dan iltizam bagi mengembalikan wibawa Parlimen Malaysia.

“Jika kuasa yang ada pada Perdana Menteri masih merupakan kuasa mutlak, maka ungkapan Malaysia baharu dan Manifesto PH boleh dianggap gagal,” katanya. - UTUSAN ONLINE