SYED MOHD JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
SYED MOHD JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI

Ketua Penerangan Pemuda UMNO negeri, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pihaknya tertarik dengan cadangan kerajaan negeri namun langkah tersebut perlu dilaksana secara berhati-hati supaya tidak merugikan golongan bumiputera.

Katanya, levi yang dikenakan kepada pemaju perlu ditingkatkan kepada 25 hingga 30 peratus daripada nilai pasaran.

“Tidak wajar kerajaan negeri untuk mengugurkan sekatan ini secara terus. Pihak pemaju mesti memohon kepada pihak berkuasa negeri dan prosedur-prosedur tertentu mestilah dikenakan mestilah ketat.

“Sebagai contoh, usaha untuk menjual lot lot ini melalui pelbagai promosi dan insentif telah dibuat oleh pihak pemaju kepada pembeli bumiputera berpotensi sebelum pemohonan menukar status dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Syed Mohd. Johan Rizal, dibimbangi jika sekatan tersebut ditukar tanpa syarat alan menyebabkan golongan bumiputera tidak mampu memiliki kediaman dalam bandar.

“Walaupun cadangan itu akan memberi keuntungan pada kerajaan negeri melalui levi yang dikutip hasil jualan unit berkenaan, namun soal keuntungan kantung kerajaan negeri tidaklah semata mata menjadi perkara pokok dalam penguguran status lot bumiputera ini. 

“Soal kepentingan bumiputera juga harus terus dipelihara supaya tiada mana-mana pemaju mengambil kesempatan manipulasi untuk menafikan hak bumiputera untuk memiliki hartanah terutama di bandar seperti Alor Setar,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE