Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penggubalan akta baharu itu berlainan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat tahanan tanpa bicara.

"Penggubalan kepada undang-undang ini masih belum muktamad. Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan masih lagi mengadakan rundingan dan perbincangan bersama-sama pihak berkepentingan sebelum diputuskan oleh Mesyuarat Kabinet.

"Tidak adil untuk mana-mana pihak menghakimi usaha murni kerajaan ini kerana proses itu masih lagi berjalan dan kerjasama semua pihak diperlukan untuk menangani isu ini secara berkesan dan komprehensif," katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya, hari ini. - UTUSAN ONLINE