Ketua Penerangan Parti Rakyat Malaysia (PRM), Tan Kang Yap berkata, kerajaan perlu melaksanakan polisi tertentu termasuk menggalakkan persaingan terbuka dalam kalangan pemaju perumahan mampu milik bagi mengawal sektor berkenaan.

“Selain itu, polisi yang menggalakkan spekulasi pelabur pada tahun 2007 di mana semasa itu tidak mengenakan cukai keuntungan hartanah (RPGT) , Namun, ada kumpulan mengambil kesempatan mengeksploitasikan situasi itu pada tahun 2009.

“Sayangnya, ia tidak mendapatkan perhatian baik kerajaan ataupun pihak pembangkang. Selepas itu, bagaikan ‘kuda terlepas daripada tali tambatan’, kenaikan harga rumah tidak dapat dikawal lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng kelmarin yang berharap akan ada perubahan terhadap harga rumah selepas kerajaan tidak mengutip cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk sektor pembinaan. - UTUSAN ONLINE