LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Menurut Guan Eng, bantuan itu perlu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang pernah diberikan kepada pendudk Kelantan ketika dilanda banjir besar pada 2014.


“Kerajaan Persekutuan bolehlah membuat pengumuman bayaran sama seperti yang diumumkan di Kelantan sebanyak RM500,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.


Dalam masa sama, Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut menafikan laporan yang mendakwa beliau membangkitkan berhubung Kerajaan Persekutuan yang masih belum menghulurkan bantuan secara langsung kepada mangsa banjir di negeri ini.


“Kita tidak cakap Perdana Menteri tidak bantu tetapi kita hanya kata mereka belum umumkan bantuan,” jelasnya.


Akhbar hari ini melaporkan Guan Eng mendakwa Perdana Menteri tidak mengumumkan sebarang peruntukan bagi mengatasi masalah banjir termasuk bantuan langsung kepada mangsa bencana berkenaan di negeri ini.


Kenyataan itu dipersoalkan kerana misi bantuan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) sehingga Sabtu lalu menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim merupakan usaha yang dipantau secara terus oleh Perdana Menteri. - UTUSAN ONLINE.