Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap kilang itu berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekali gus tidak perlu menuding jari kepada pihak lain khususnya Barisan Nasional (BN).

Apatah lagi kata beliau, tindakan serupa turut diambil terhadap beberapa kilang lain sebelum ini seperti kilang pengeluar bumbung zink di Jalan Tanah Liat dan kilang memproses timah di Kubang Ulu di sini.

“Kerajaan negeri perlu sedar terdapat perbezaan antara kilang-kilang ha­ram dan struktur-struktur haram sesebuah ba­ngu­nan.

“Kilang-kilang haram, tidak berle­sen­­, tiada permit atau ke­lulusan bangunan boleh dihentikan operasinya tanpa diambil tindakan meroboh bangunan kilangnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.