Beliau berkata, tindakan itu disifatkan sebagai individu yang cakap tidak serupa bikin.

“Lim Guan Eng cakap tak serupa bikin. Senyap-senyap beliau buat rundingan terus untuk buku teks DLP PT3 pada September tahun lalu.

“Tiada tender terbuka. Tahu kenapa? Dia kata cara rundingan terus ini memudahkan cara prosedur perolehan dan kewangan untuk memastikan kelengkapan pembelajaran dapat disediakan dengan baik,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan kelulusan khas untuk permohonan melaksanakan perolehan buku teks DLP untuk PT3 yang diadakan pada 18 September lalu, bertujuan supaya keperluan pelajar-pelajar dapat dipenuhi secepat mungkin.

Najib menambah, tindakan itu juga disifatkan sebagai melucukan selain secara sinis mengucapkan tahniah kepada kontraktor dan kerajaan PH.

“Lucu! Masuk balik gua wahai penyokong PH. Sekarang sudah timbul isu tiada buku, dia campak Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ke laut suruh pandai-pandai fikir jalan selamatkan diri.

“Tak ada elemen salah guna kuasa kan di sini? Lupa, asalkan ada logo ‘harapan’ semua okay, penyokong PH pun tepuk,” katanya. - UTUSAN ONLINE