Ketua Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam berkata, pihaknya membuat keputusan itu selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan.

Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Beliau berkata, sebelum ini pihak media telah membuat laporan mengenai item makanan tertentu yang berkadar sifar GST akan dikenakan GST enam peratus bermula 1 Julai.

“Laporan itu merujuk kepada Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun 2017 melalui P.U (A) 162 dan akan berkuatkuasa pada 1 Julai ini.

“JKDM telah merujuk perkara itu kepada Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan membuat keputusan supaya  P.U (A) 162 Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Ini termasuk belut, ikan todak, jagung dan sayuran sejuk beku.-UTUSAN ONLINE