Hon Qing Zhong, 26, dari Sedenak, Kulai itu memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan Pendidikan (Kimia) dengan keputusan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.80 mata.


Qing Zhong merupakan seorang daripada 775 graduan yang menerima Ijazah Sarjana pada hari ini disampaikan Pro Censelor UTM, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor di Dewan Sultan Iskandar.


Beliau lumpuh disebabkan mengidap penyakit muscle dytrophy iaitu lemah otot pada seluruh badan terutamanya kedua-dua belah kaki sehingga tidak dapat berjalan sejak dua tahun lalu.


“Perlahan-lahan pergerakkan saya makin terbatas selepas dikesan mengidap penyakit ini pada tahun 2010 sehinggalah dua tahun lalu, kedua-dua belah kaki sudah tidak mampu bergerak.


“Pada mula penerimaan penyakit ini agak sukar namun atas niat mahu berjaya di menara gading, saya terus cekal dan lama-kelamaan sudah menjadi biasa,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menerima ijazah tersebut. - UTUSAN ONLINE