MOHD. SUFIAN SULAIMAN
MOHD. SUFIAN SULAIMAN

Pengarah Bahagian Latihan Kementerian Pertanian Kebangsaan (BLKP), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mohd. Sufian Sulaiman berkata, peratusan agak tinggi tersebut menunjukkan bahawa graduan yang dilahirkan ILP adalah mengikut kehendak pasaran dan industri.

Menurut beliau, dalam usaha memastikan graduan mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian, modul yang dibina bagi setiap program adalah berdasarkan keperluan industri.

“Kita (BLKP) menjalin hubungan baik dengan pihak industri bagi membolehkan setiap graduan mendapat tempat di industri berkaitan.

“Contohnya dalam industri perikanan, jika pengusaha bot-bot laut memerlukan kru, industri tersebut akan mengenalpasti graduan yang mempunyai kriteria untuk menjalani latihan praktikal di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-7 di Dewan D, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) dekat sini hari ini.

Mohd. Sufian berkata, aspek tenaga pengajar juga akan diberi penekanan bagi meningkatkan kepakaran mereka sesuai dengan keperluan industri.

“Selain itu satu modul khas jati diri juga akan dikuatkuasakan kepada graduan di masa akan datang jati diri,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE