Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, bagi SPM 2018, GPN diperoleh adalah sebanyak 4.89 peratus berbanding 4.92 peratus pada tahun 2017 dan 5.05 peratus pada 2016.

Menurut beliau, keputusan tersebut menunjukkan kualiti pencapaian calon yang mendapat keputusan cemerlang tertinggi, cemerlang dan kepujian dalam mata pelajaran yang diambil adalah lebih membanggakan.

“Pencapaian GPN dan Gred Purata Sekolah diukur berdasarkan nilai mata dan semakin kecil nilai mata bermakna semakin baik pencapaian serta prestasinya.

“Sistem penggredan baharu SPM dapat memperincikan kecemerlangan calon apabila diperkenalkan gred yang lebih tinggi daripada sistem lama yang menggunakan gred 1A,”katanya dalam sidang akhbar Keputusan SPM 2018 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Salleh memaklumkan, bilangan calon yang mengambil SPM 2018 di layak mendapat sijil turut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.21 peratus daripada 54,093 calon berbanding 57,313 calon pada 2017. - UTUSAN ONLINE