MOHD. ALIF MD. NOOR
MOHD. ALIF ANAS MD. NOOR 

Presidennya, Mohd. Alif Anas Md. Noor berkata, pengekalan kuota ini merupakan tindakan yang terbaik untuk memastikan program matrikulasi ini diteruskan dan menepati visi serta misi asal penubuhannya.

Katanya, GPMS juga ingin menyangkal pendirian mana-mana pihak yang membuat kenyataan seolah-olah Maszlee cuba bersifat perkauman.

“Menteri Pendidikan mempunyai alasan yang kukuh dalam mempertahankan kuota tersebut. Ini kerana wujud keperluan untuk membantu pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera yang hari ini masih ketinggalan dalam soal sosio ekonomi dan berhadapan dengan pelbagai cabaran selepas bergraduasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai ucapan Maszlee di hadapan penuntut-penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang semalam mengenai isu kuota matrikulasi bukan bumiputera dan keperluan fasih berbahasa Mandarin untuk memohon pekerjaan yang tidak boleh dilihat secara terpisah.

Jelas Maszlee, adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya kuota matrikulasi untuk bukan bumiputera dilonggarkan dan pada masa yang sama para majikan masih menetapkan syarat perlu fasih berbahasa Mandarin untuk mendapatkan pekerjaan yang secara secara tidak langsung menafikan hak kaum bumiputera.

Maszlee memberitahu, keadilan bukan hanya dilihat dalam aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi sahaja, tetapi juga kelayakan dalam memohon pekerjaan.

Sementara itu, Mohd. Alif Anas menambah, GPMS turut menyatakan kekesalan terhadap dikriminasi majikan yang menetapkan penguasaan bahasa Mandarin sebagai syarat diterima bekerja di kebanyakan sektor swasta.

Namun, GPMS sentiasa memahami kepentingan menguasai bahasa kedua sebagai salah satu faktor kebolehpasaran graduan.

“Oleh yang demikian, usaha untuk melahirkan pelajar yang menguasai pelbagai bahasa perlulah diperkasakan seawal peringkat sekolah rendah lagi.

“Pelbagai pihak perlu memahami fokus perpaduan dan kesepaduan sosial diantara masyarakat di dalam negara ini. Perlembagaan negara perlu menjadi panduan utama dalam melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati pada era Malaysia baharu, “ ujarnya. - UTUSAN ONLINE