Menerusi Goodday Milk Fest 2017 juga akan diadakan majlis pelancaran dua produk terbaharu iaitu susu Goodday UHT Madu dan Teh Hijau.

Untuk pengetahuan, bermula hari ini sehingga 28 Julai ini, sebanyak 50 pengedar berpakaian seragam jenama Goodday akan berada di beberapa lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang seperti Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan kawasan pejabat bagi mengedarkan sampel-sampel susu Goodday secara percuma.

Selain itu, susu Goodday turut mengadakan kerjasama dengan beberapa pasar raya di Semenanjung seperti AEON, AEON Big, Billion, EconSave, Giant, Mydin, Pantai Timor, Ceria, Tesco, The Store, Pacific dan TF Value-Mart bagi mengagihkan sampel susu percuma serta menawarkan harga istimewa RM4.59 untuk pek Goodday UHT 1 liter bermula hari ini hingga esok.

Promosi juga akan diadakan di New York Steak Shack di mana 100 pelanggan pertama bakal menerima rangkaian susu kocak klasik atau premium dan juga satu pek susu Goodday UHT250ml secara percuma.

Tidak ketinggalan pengunjung KK Mart di Semenanjung boleh mendapatkan satu pek susu Goodday UHT 250ml secara percuma dengan setiap pembelian dua pek susu Goodday UHT 250ml bermula hari ini sehingga 27 Julai ini.

Esok sehingga 29 Julai ini juga susu Goodday akan mengedarkan sampel percuma dan promosi menarik di stesen minyak cawangan Shell Select seperti promosi percuma dua pek Goodday UHT 250ml dengan setiap pembelian dua pek yang sama.

Untuk tempoh sama, pengunjung 7-Eleven di Semenanjung (kecuali Pulau Langkawi) boleh mendapatkan pek Goodday UHT 250ml dengan hanya RM1.50, sementara pelanggan myNews.com di Semenanjung pula boleh mendapatkan dua pek Goodday UHT 250ml pada harga RM3.

Selain itu, susu Goodday turut mengadakan kempen promosi berterusan bersama Kedai Mesra Petronas di mana kad petrol percuma bernilai RM1,000 bakal diberikan kepada pemenang setiap hari.

Bersempena Goodday Milk Fest, seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap hari dan individu tersebut berpeluang membawa pulang kad petrol percuma bernilai RM3,000.

Untuk menyertai peraduan, peserta hanya perlu membeli dua pek susu Goodday UHT 250ml dalam satu resit di mana-mana cawangan Kedai Mesra Petronas, kemudian menghantar butiran peribadi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan simpan resit pembelian asal sebagai bukti pembelian.

Barisan produk susu Goodday dipasarkan dalam dua kategori iaitu pasteur dan UHT termasuk pelbagai variasi pilihan serta saiz dan mula diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada 1968.