Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Golongan asnaf terima agihan daging

ORANG ramai bergotong-royong memotong dan menimbang daging korban
ORANG ramai bergotong-royong memotong dan menimbang daging korban untuk diagihkan kepada golongan asnaf di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam. Utusan/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 3 Sept. – Sebanyak 14 ekor lembu dan enam kambing biri-biri dikorbankan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Daging-daging korban tersebut diagihkan kepada golongan asnaf sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Imam besar masjid itu, Ehsan Mohd. Hosni berkata, haiwan korban tersebut merupakan sumbangan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta syarikat korporat.

Beliau berkata, aktiviti penyembelihan bermula kira-kira pukul 7.30 pagi di pekarangan tempat meletak kenderaan masjid tersebut.

“Jumlah sumbangan binatang korban kali ini melebihi jangkaan kita sebelum ini iaitu sebanyak 10 ekor. Alhamdulillah, terima kasih di atas segala sumbangan oleh semua pihak.

“Daging ini diserahkan kepada golongan sasar iaitu asnaf di sekitar Putrajaya. Kita lakukan pengagihan ini dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya kepada Utusan Malaysia dalam majlis korban tersebut di sini hari ini.

Masjid berkenaan turut menyumbang seekor lembu kepada Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.

Presiden pertubuhan ber­kenaan, Jasmi Shafie berkata, pihaknya amat menghargai keprihatinan masjid tersebut terhadap golongan kerdil di negara ini.

“Sebanyak 25 orang daripada ahli persatuan hari ini datang pada majlis ini dan kita akan mengagihkan daging-daging ini kepada ahli-ahli pertubuhan di kawasan sekitar,” katanya.

Jasmi berkata, pertubuhan itu kini mempunyai keahlian seba­nyak 986 orang dan berharap baki kira-kira 2,000 orang kerdil yang belum berdaftar supaya berbuat demikian.

“Antara sebab mereka tidak daftar adalah kerana berasa rendah diri dan malu. Kita berharap mereka dapat tampil menyertai pertubuhan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain