Gobind Singh Deo
Gobind Singh Deo

"Saya telah minta satu laporan daripada TM, bila saya dapat laporan itu saya akan keluarkan kenyataan. Saya telah minta hari ini dan arahkan supaya satu laporan dihantar kepada saya berkenaan perkara ini," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Opcom Holdings yang dipengerusikan oleh Mokhzani memperoleh kontrak bernilai RM11.16 juta daripada TM beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Kontrak yang bermula dari 2 Julai tahun ini sehingga 31 Dis 2019 adalah bagi kerja-kerja pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi. - BERNAMA