Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tambahan peruntukan tersebut merupakan di luar daripada bajet sedia ada kementerian berkenaan.

"Kerajaan persekutuan mahu GNN diadakan setiap tahun sama ada di lokasi penganjuran sulung di Pantai Kuala Kertih yang cukup ikonik ini atau lokasi lain yang difikirkan sesuai untuk dianjurkan program ini pada masa akan datang.

"Belanjawan yang diadakan program sulung ini terlalu kecil dan apabila ada peruntukkan tambahan bakal jadi lebih besar lagi, lebih ramai yang akan terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelancaran GNN 2017 di Pantai Kuala Kertih di sini hari ini. 

Program yang telah berlangsung selama tiga hari sejak 12 Oktober lalu itu telah berjaya menghimpunkan lebih 30,000 orang nelayan dari seluruh negara termasuk ahli keluarga mereka.  

Lebih daripada 70 program dan aktiviti telah disusun sepanjang GNN 2017 bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk meraikan nelayan serta menghargai sumbangan mereka terhadap pembangunan negara. 

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalannya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE