Pengerusi Lembaga Jemaah Gabungan Koperasi Majlis Perundingan Melayu (GKMPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, mesin berkapasiti besar itu sesuai digunakan untuk kawasan industri, perkampungan atau pedalaman.

“Kami tertarik dengan teknologi mesin tersebut kerana ia boleh membekalkan air dalam kuantiti yang besar dan mudah digunakan.

“Mesin ini tidak sama seperti mesin-mesin sedia ada di negara ini kerana walaupun berkapasiti besar ia mesra pengguna dan mudah dialihkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya lagi, buat masa ini pihaknya hanya membawa masuk sebuah mesin ke negara ini dan mahu menjadikannya sebagai projek perintis.

Terdahulu pada hari ini GKMPM telah mengadakan Seminar Teknologi Penghasilan Air Bersih Guna Teknologi Terkini dari Korea di Wisma MPM.

Seminar itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha bahagian Dasar, Kementerian Hal-ehwal Ekonomi, Datuk Dr. Noor Zari Hamat.

Ia mendapat kerjasama daripada beberapa syarikat termasuk Korae Institute of Construction Technology serta Global Cornerstone Group. - UTUSAN ONLINE