giant banjir
 

Giant dalam kenyataannya hari ini memberitahu, antara barangan yang disumbangkan untuk mangsa banjir ialah makanan, makanan bayi dan produk berkaitan dengan penjagaan kebersihan.

Sumbangan itu telah disalurkan kepada 2,000 mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah.

Untuk tujuan itu barangan tersebut telah dihantar ke pusat pengedaran di Pejabat Daerah Seberang dari dari lima pasar raya Giant yang berdekatan iaitu Giant Seberang Prai, Bayan Baru, Kulim, Alor Setar dan Sungai Petani.

giant banjir 3
 

Menurut kenyataan itu, ini merupakan sebahagian daripada sumbangan berterusan daripada rangkaian pasar raya Giant dalam membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan terutama mangsa banjir yang kini berada di pusat pemindahan di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Pusat pengedaran Giant di Sepang juga kini dalam situasi bersedia untuk menghantar bantuan ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir. - UTUSAN ONLINE