Menurut Eksekutif Pengerusan Jenama Kumpulan Utusan, Hazwan Hairul, pengunjung mula memenuhi gerai sebaik pintu tapak karnival dibuka pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata, paling mendapat perhatian adalah studio mini Kumpulan Utusan yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar seperti kulit majalah.

"Pelajar dan guru sekolah teruja apabila gaya mereka dibidik seperti gambar artis.

"Kami membawa jurufoto khusus dari Kuala Lumpur yang turut berkongsi pengalaman dengan pengunjung yang meminati bidang fotografi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, selain hadiah cabutan bertuah, pengunjung masih berpeluang mendapat produk dan buku serta majalah Kumpulan Utusan yang dijual dengan harga runtuh sehingga program karnival menutup tirai pukul 6.00 petang ini. - UTUSAN ONLINE