Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berlaku kira-kira 19 kilometer di timur bandar Hualien pada kedalaman 11 kilometer.

Menurut kerajaan Taiwan, gempa tersebut berlaku di lokasi sama kejadian gempa kuat awal pagi semalam di mana usaha pemulihan masih berlangsung.

USGS melaporkan, sebanyak enam gegaran susulan melebihi 5.0 magnitud dikesan dalam tempoh 24 jam sejak bencana Selasa lalu.

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 67 masih hilang akibat gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud di bandar pelancongan popular Hualien itu.-REUTERS