Memetik laporan Detik News, Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, keadaan rakyat Malaysia itu dilaporkan masih belum diketahui.

Jelas laporan itu, ada antara warga negara asing yang berjaya dipindahkan, namun masih terdapat lima lagi individu yang keadaannya tidak diketahui.

Tambah laporan itu, warga negara asing yang berada di bandar Palu antaranya berasal dari negara Singapura, Belgium dan Jerman.

“Ketika gempa bumi berlaku, ternyata ada 71 warga negara asing yang berada di bandar Palu. Kementerian Luar dalam proses menyelaraskan pengendalian dan pemindahan.

“Seorang warga Singapura berjaya dipindahkan ke Jakarta, seorang rakyat Belgium ke Jakarta, seorang warga Korea Selatan tidak diketahui mungkin terperangkap di Hotel Roa Roa.

“Tiga warga Perancis belum diketahui, seorang rakyat Malaysia belum diketahui, seorang warganegara Jerman dalam keadaan selamat. Sepuluh warga negara Kemboja kini berada di lapangan terbang,” jelas laporan itu, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Habis ///