Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, daerah Halmahera Barat di Maluku Utara digegarkan oleh gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter pada pukul 1.11 pagi waktu tempatan pada Khamis.

Pada pukul 2.17 pagi hari yang sama, satu lagi gempa bumi sederhana 5.3 pada sekala Richter, dikesan di daerah Pesarawan , Wilayah Lampun.

Satu lagi gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Bali pada 5.54 pagi, kata agensi itu di dalam laman sesawang rasminya.

Gempa bumi itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami dan tiada laporan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda diterima dalam masa terdekat. - BERNAMA