KUALA LUMPUR 2 Nov. - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di utara Chile kira-kira pukul 6.19 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 19.50 darjah selatan dan 69.4 darjah barat, kira-kira 112 kilometer (km) timur laut dari Iquique, Chile.
Sebelum itu, gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di Rantau Selatan Kepulauan Sandwich kira-kira pukul 3.30 pagi.
Pusat gempa bumi itu terletak 58 darjah selatan dan 25.2 darjah barat, kira-kira 3,788 km tenggara dari Puerto Montt, Chile.
Bagaimanapun, kedua-dua gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. - BERNAMA