Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik, gempa bumi tersebut berlaku di dasar laut pada kedalaman kira-kira 10 kilometer dan 155 kilometer ke timur tenggara Kepulauan Loyalty.

“Ombak tsunami setinggi satu hingga 3 meter dijangka melanda New Caledonia dan Vanuatu,” jelas pusat tersebut.

Dalam pada itu, tiada sebarang kerosakan mahupun kecederaan dilaporkan setakat ini. – REUTERS