Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Gembira dapat bertemu bekas pemain

PESERTA merakam gambar kenangan di  hadapan Muzium National Football, 2
PESERTA merakam gambar kenangan di hadapan Muzium National Football, Manchester.

SESIAPA pun pasti tidak mampu sembunyikan kegembiraan jika berpeluang untuk berada di tiga stadium berprestij EPL. Perasaan itu dikongsi salah seorang peserta, Lim Chuan Fuh, 30, yang merupakan peminat EPL sejak remaja lagi.

Chuan Fuh yang bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah syarikat tempatan mengakui peluang melawat ke tiga stadium, khususnya Old Trafford telah menjadi impiannya sekian lama.

“Paling menggembirakan apabila kehadiran kami turut disambut bekas pemain Manchester United sekitar tahun 1991 hingga 1998, Ben Thornly. Beliau banyak berkongsi pengalaman, antaranya bermain di bawah seliaan bekas pengurus pasukan, Alex Ferguson dan bermain di samping David Bekcham.

“Saya berasa cukup puas hati kerana lawatan ini membolehkan semua peserta masuk ke bahagian penting seperti bilik persalinan pemain, tempat duduk penonton, dan muzium.

“Cuaca sejuk tidak sedikit pun ‘membekukan’ rasa teruja ketika berada di Old Trafford. Walaupun keadaan stadium agak lengang semasa lawatan kami, namun kehadiran di sini cukup memberi gambaran kemeriahan dengan sorakan penonton ketika perlawanan berlangsung,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Fareez Farid Mohd Fuzi, 24, memberitahu dia tidak menyangka akan sampai ke Manchester dan Liverpool serta berpeluang melihat sendiri budaya bola sepak di sana.

“Ini adalah peluang sekali seumur hidup. Bukan semua orang dapat melawat ketiga-tiga stadium terkenal EPL. Oleh itu. saya sememangnya cukup bertuah. Sukar untuk melupakan pengalaman menonton perlawanan secara langsung dan melihat pemain berkelas dunia beraksi.

“Lawatan ini bukan sekadar suka-suka kerana banyak ilmu yang saya peroleh. Saya kagum melihat stadium bola sepak mereka khususnya Old Trafford, Anfield dan Etihad yang dijaga dan dilindungi dengan baik.

“Pada masa yang sama, saya belajar sikap masyarakat di sana yang tidak melakukan vandalisme di stadium, malah menjaga kebersihan dan tidak merokok di kawasan larangan” ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Mustaqim Abdul Wahab, 26, yang sememangnya pengikut tegar EPL juga tidak dapat melupakan saat menonton perlawanan dan menerima layanan VIP ketika lawatan ke Stadium Etihad.

“Paling tidak dapat saya lupakan detik-detik menonton perlawanan secara langsung di Stadium Etihad. Bersorak bersama ratusan ribu penonton ketika menonton perlawanan bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.

“Saya cukup kagum melihat semangat pencinta bola sepak di sana. Walaupun berlaku pertengkaran sekumpulan kecil penyokong pasukan Manchester City dan Liverpool, keadaan masih terkawal dan aman,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain