Tidak kira pemimpin, artis, bahkan ahli sukan yang pernah mengecapi kejayaan besar buat negara turut tidak terlepas daripada menerima perhatian sebegini.

Setiap gerak geri, perlakuan, pertuturan, bahkan paparan media sosial mereka turut dijadikan 'bahan' percakapan orang ramai.

Ada yang memuji, dan tidak kurang juga ada yang mengeji.

Mula tersebar di media sosial, gelagat atlet olahraga negara Muhammad Irfan Shamshuddin bersama seorang wanita dipercayai pasangannya, dalam aksi 'mesra' di lapangan terbang di dalam negara.

Irfan, pemenang pingat emas pada Sukan SEA ke-29 yang baru lalu dalam acara lempar cakera, seharusnya mengelakkan dirinya daripada terjerumus di dalam situasi sebegini, kerana dalam lingkungan budaya Melayu beragama Islam, perbuatan sedemikian sama sekali tidak dapat diterima.

Banyak mata sedang perhatikan anda, terutamanya kemenangan emas itu turut memecahkan rekod temasya.

Berkongsi kegembiraan tidak salah, tetapi kita harus lebih peka terhadap sensitiviti setempat. - UTUSAN ONLINE