Menyanyikan lagu No Women No Cry nyanyian asal Bob Marley, Azharina mengetepikan 10 pencabarnya yang lain termasuk Siti Sarah di tempat kedua, Zarul (ketiga), Gmie Screen (keempat) dan Nora (kelima).

Sementara itu, Ameng pula di tempat keenam, Intan Sarafina (ketujuh), Zur Eda (kelapan), Shidi (kesembilan) dan Elly Mazlein (ke-10).

Manakala, Rem yang menyanyikan lagu Penawar Rindu nyanyian asal Datin Orked Abdullah menjadi berada di kedudukan terakhir sekali gus menjadi peserta kedua yang disingkirkan.

Diadili sepenuhnya oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli M.S. dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri undangan Datuk DJ Dave mereka turut memutuskan pemenang bagi kategori Terbalik Paling Menyengat adalah milik Zarul yang tampil bertenaga mendendangkan lagu Generasiku yang pernah dipopularkan OAG.

GV3 disiarkan secara langsung di Astro Ria, saluran 104 pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dibawakan khas oleh Pamoga Vida Beauty Qu Puteh serta dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad. - UTUSAN ONLINE