Menurut pegawai penjara, Norberto Felicen, rusuhan itu berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ruang tempat tidur yang sempit dan mengakitbakan dua kumpulan banduan bergaduh.

“Kami mempunyai 3,424 banduan di dalam sebuah fasiliti yang hanya mampu menampung 800 orang sahaja. Di mana sahaja ada ruang, mereka perlu menggunakannnya untuk tidur.

“Ia merupakan salah satu punca menyebabkan rusuhan berkenaan,” kata Felicen kepada AFP. - AFP