Lain-lain kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air, termasuk Dengkil, Jenderam, Kampung Labu Lanjut, Salak Tinggi, Bukit Changgang, Bandar Seri Ehsan, Jugra dan Banting.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan.

“Pemulihan bekalan air secara berperingkat dijangka bermula pukul 2:30 pagi esok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE