Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, dua kawasan iaitu Kuala Selangor dan Hulu Langat akan pulih pada Sabtu.

“Manakala, empat kawasan lain iaitu Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam pula menikmati bekalan air tersebut bermula pukul 6 petang pada Ahad ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan Online