Katanya, projek berkeluasan 20 hektar itu akan menjadi kawasan pelancongan dan berlibur yang pertama di Gamuda Cove, meliputi tiga kawasan rekreasi iaitu The Adventure Park, Hangout Village dan Sports Park.


"Apabila Discovery Park memulakan operasi pada 2019, dengan kedudukannya yang strategik di sepanjang gerbang Lembah Klang Selatan, kami yakin ia akan menjadi destinasi utama untuk pelancong tempatan dan antarabangsa serta mercu tanda di rantau ini," katanya pada sidang media, di sini, Ahad lalu.


Taman berkenaan akan dibuka sebahagiannya pada 2019, bermula dengan Adventure Park serta Hangout Village dan akan dibuka sepenuhnya dengan kesemua zon pada 2020.


Terdahulu, Gamuda Land memeterai kerjasama strategik dengan enam rakan utama - Aerophile, AKA Balloon, Blastacars, Invade, Kitchen Mafia dan Caravan Serai - bagi menyediakan pelbagai aktiviti seperti belon udara panas, go kart, basikal gunung dan meluncur. - BERNAMA