GAMBAR seekor harimau sedang melintas jalan di Meru, Ipoh yang tular dalam media sosial. – GAMBAR ME
GAMBAR seekor harimau sedang melintas jalan di Meru, Ipoh yang tular dalam media sosial. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Wan Shaharuddin Wan Nordin berkata, gambar tersebut sebenarnya dirakamkan di India.

“Gambar tersebut ialah di India dan tidak benar di Ipoh seper­ti yang ditularkan.

“Kita minta orang ramai agar mendapatkan kesahihan terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu perkara dengan meng­hubungi talian 1-800-88-5151 untuk maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 5 Mac lalu, akhbar melaporkan, penduduk di sekitar Lepar gusar apabila seekor harimau dikatakan dikesan berkelia­ran di kawasan itu dan gambar haiwan itu kemudiannya tular da­lam media sosial.

Walau bagaimanapun, Penga­rah Perhilitan Pahang, Ahmad Azhar Mohammed dalam kenya­taannya menafikan perkara itu dan memaklumkan bahawa gambar tersebut dirakam di India dan diambil menerusi internet sebelum disebarkan.