Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pengambilan dua vaksin itu merupakan pertambahan daripada vaksin meningokukus iaitu imunisasi yang diwajibkan.

“Bagi vaksin pneumokokus dan influenza, jemaah dan umrah perlu mendapatkannya di klinik dan hospital swasta.

“Meskipun vaksin-vaksin ini tidak diberikan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan, saya mengesyorkan agar para jemaah mengambilnya sebelum berangkat ke Tanah Suci sebagai perlindungan daripada penyakit-penyakit tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Imunisasi Haji dan Umrah di sini hari ini.

Selain itu jelas Dzulkefly, imunisasi untuk hepatitis A dan hepatitis B turut digalakkan bagi jemaah.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian turut terlibat bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam menyelenggarakan tindakan dan melaksanakan persediaan bagi menghadapi bencana banjir. - UTUSAN ONLINE