Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, usaha tersebut dilihat mampu meningkatkan keupayaan dan keyakinan golongan berkenaan khususnya dalam aspek pembangunan kemahiran.

"Menerusi program ini secara tidak langsung dapat menggalakkan golongan OKU (orang kurang upaya) untuk menceburi sektor perkhidmatan sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

"Selain itu, pendekatan ini juga dilihat berupaya meningkatkan tahap ekonomi negara memandangkan sektor ini menyumbang sebanyak 55 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan majlis pelancaran Program Latihan Memperkasa PWD, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Aeon Co. (M) Berhad, Shinobu Washizawa. - UTUSAN ONLINE