Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemotongan gaji bagaimanapun tidak melibatkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

“Perkara pertama saya lakukan semasa dilantik Perdana Menteri tahun 1981 adalah memotong gaji menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

“Mereka (pegawai tinggi kerajaan) dibayar lebih baik dari menteri. Kalau mereka fikir untuk menyumbang dalam mengurangkan kos pentadbiran, mereka boleh melakukannya, tetapi kita tidak memaksa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet pertama pentadbirannya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE