Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, kesalahan yang dilakukan pengusaha tersebut ialah gagal mempamerkan tanda harga makanan dan minuman yang dijual di premis berkenaan.

“Setelah diperiksa, pengusaha mengatakan tanda harga yang ditempah belum siap. Bagaimanapun, kita tidak dapat menerima alasan diberikan dan kompaun dikeluarkan Peraturan 3(1) Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit 1993 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Setakat ini, kita telah memeriksa 75 kantin sekolah menengah dan rendah sejak Isnin lalu daripada jumlah keseluruhan 939 buah sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui pada pemeriksaan di beberapa buah sekolah rendah dan menengah sekitar Seksyen 27 dan Alam Megah di sini yang turut dihadiri, Penyelia Kanan Bahagaian Kesihatan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Zulkifli Ahmad.-UTUSAN ONLINE