RADZIMAH MOHD. RADZI
RADZIMAH MOHD. RADZI 

Pengurus Besar Kanan Anih, Radzimah Mohd. Radzi berkata, surat penamatan kontrak itu dihantar kepada pengendali gerai berkenaan pada Isnin lalu yang menyatakan keputusan syarikat konsesi tersebut.


“Kita tidak berkompromi dan bertindak tegas dengan pengendali gerai melakukan salah laku yang bertentangan dengan kontrak,” katanya dalam taklimat media susulan isu pergaduhan berkenaan di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi pada 24 Disember lalu, seorang lelaki dipercayai pemandu bas ekpres dibelasah sekurang-kurangnya oleh enam lelaki.


Siasatan awal polis mendapati salah faham dan provokasi ketika mangsa membeli makanan di salah sebuah gerai di R&R terbabit sebagai punca kejadian.


Video kejadian berdurasi 1 minit 49 saat berkenaan juga tular dalam media sosial.


Isnin lepas, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap enam lelaki selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memukul pemandu bas dalam kejadian tersebut.


Menurut Radzimah, insiden pergaduhan yang melibatkan pekerja di gerai tersebut dengan pemandu bas adalah kes terpencil namun memberi impak besar terhadap urusan perniagaan di R&R Gambang Timur dan R&R Gambang Barat.


“Implikasi daripada pergaduhan yang pertama sejak 12 tahun Lebuhraya Pantai Tmur (LPT)  beroperasi menjejaskan pendapatan pengendali-pengedali gerai di situ shingga 50 peratus,” katanya. - UTUSAN ONLINE