Penyerahan tugas yang berlangsung pagi ini disaksikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Khalid yang juga Ketua Polis Negara ke-10 memulakan tugas sebagai inspektor pada 5 Disember 1976.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013 menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat perlantikan secara kontrak.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM. - UTUSAN ONLINE