Abdul Shukur Idrus

Pengerusinya, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata, beliau berharap program yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu diperluaskan lagi pada tahun depan bagi me­ngubah nasib belia luar bandar sekali gus me­ningkatkan pendapatan mereka.

“Setelah menjadi usahawan bergerak, manfaatkan motosikal dan peralatan ini dengan baik dan jangan gunakan untuk tujuan lain kerana ini adalah pemberian cukup berharga daripada kerajaan kepada rakyat.

“Kita akan selalu buat pemantauan di mana sekiranya kita ragu-ragu dengan tingkah laku usahawan berkenaan, bantuan yang diberikan akan ditarik balik dan seterusnya diberikan kepada peserta lain yang betul-betul hendak berniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan [email protected] Peringkat Negeri Selangor di Padang Awam Kampung Setia, Kuang, Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan FTC, Rohaizat Ahmad dan Penyelaras Parlimen Selayang, Chan Wun Hoong.

Pada majlis tersebut, Abdul Shukur menyerahkan sumbangan motosikal dan peralatan perniagaan bernilai RM10,000 kepada 110 peserta program [email protected] dari sekitar Selangor.

Kesemua peserta terbabit di­pilih setelah melalui proses sa­ringan bagi memastikan mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu memiliki sijil latihan, lesen motosikal serta tergolong dalam kategori berpendapatan rendah atau B40.