Citra dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, objektif penganjuran forum bertemakan Warisan Budaya dan Industri Kandungan Kreatif adalah bagi mewujudkan platform untuk membincangkan warisan dan seni budaya dari sudut industri kreatif.

“Pemikiran dan perlakuan masyarakat ketika ini banyak di­corakkan oleh pe­ngaruh asing termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Korea dan Hong Kong manakala nilai budaya masyarakat Malaysia semakin terhakis.

“Forum sehari ini menggunakan format bengkel dan dibahagikan kepada tiga slot perbincangan akan dihadiri para penggiat seni, penerbit filem dan drama, pengurus rancangan televisyen, karyawan, ahli akademik, agensi pelaksana dan para pelajar yang terlibat dalam industri seni kreatif,” jelas kenyataan itu.

Para panel berpengalaman termasuk tokoh wartawan vete­ran dan tokoh korporat akan hadir dalam membincangkan topik-to­pik yang telah diberikan selain aktivis seni, Tan Sri Johan Jaaffar yang dijadual menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan.

“Antara objektif penganjuran forum ini adalah untuk mewujudkan satu platform perbincangan warisan seni dan budaya dari konteks industri kreatif yang banyak memberikan pengaruh besar kepada masyarakat Malaysia melalui rancangan-rancangan televisyen serta filem.