Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan hari ini, berkata, perkara itu diambil maklum dan dipandang serius.

“Pihak Menteri telahpun berhubung dengan JAIS memandangkan perkara ini berada dalam bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri kerana program ini diadakan di Selangor.

“Difahamkan pihak JAIS telah mengambil maklum mengenai perkara ini dan dalam tindakan mereka. Menteri yakin dan percaya pihak JAIS akan menjalankan siasatan terhadap perkara ini dengan adil dan sebaiknya,” kata kenyataan itu.

Carian di Twitter mendapati program itu berkisar perkongsian pengalaman wanita bertudung sebelum menemui dunia baharu tanpa tudung yang dilihat mendapat maklum balas negatif daripada netizen. - BERNAMA