Cabaran tersebut adalah men­do­rong pertumbuhan ekonomi ber­landaskan produktiviti, meng­gerakkan industri kepada aktiviti nilai tambah tinggi dan meraih peluang berikutan revolusi tekno­logi industri 4.0.

Sejajar dengan itu, beliau ber­kata, Malaysia perlu mengenal pasti bidang pengkhususan un­tuk terus berdaya saing pada pe­ringkat global.

“Sehubungan itu, marilah ki­ta adakan satu perbincangan yang membina pada hari ini, yang mana anda sebagai wakil komuniti masing-masing dapat memberi cadangan dan maklum balas yang akan membantu ke­ra­jaan merangka dasar-dasar pem­bangunan masa depan Malaysia.

“Sesi meja bulat sebegini juga mampu memberi penyelesaian isu-isu ekonomi semasa ter­ma­­suk­lah isu jangka masa se­der­ha­­na dan panjang seperti Dasar Ekonomi Baru, Rancangan-ran­can­gan Malaysia serta Trans­for­masi Nasional 2050 (TN50),” ka­ta­nya.

Beliau berkata demikian sema­sa berucap pada pembukaan sesi Perbincangan Meja Bulat Isu-isu Semasa Bersama Usahawan Kecil dan Sederhana serta Usahawan Tekno dan Persatuan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pe­ga­wai Eksekutif SME Cor­poration Malaysia (SME Corp.), Datuk Haf­sah Hashim dan Presiden Per­satuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong.

Najib berkata, negara perlu te­rus mempertingkatkan daya saing terutama melalui usaha peningkatan produktiviti.

Sehubungan itu katanya, kera­jaan melancarkan Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia (MPB) pa­da 8 Mei lalu bagi memacu pe­ning­katan produktiviti negara di semua peringkat seperti nasional, sektor dan perusahaan.

“Pada tahun 2015 produktiviti pekerja bagi sektor PKS adalah pa­da kadar RM47,000 seorang dan ki­ta menyasarkan produktiviti akan mencapai RM76,400 bagi se­orang pekerja menjelang tahun 2020,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pe­ru­­sahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan besar sebagai ejen-ejen ekonomi da­lam menyokong pertumbuhan eko­no­mi negara.

Jelasnya, ia terbukti apabila sum­bangan PKS kepada Keluaran Da­lam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 meningkat kepada 36.3 peratus berbanding 35.9 peratus iaitu RM385.6 bilion nilai tambah pada tahun sebelumnya.

“Sehubungan itu, input da­ri­­pada usahawan PKS dan usa­ha­wan tekno adalah penting dalam merangka hala tuju pembangunan Malaysia se­lepas tahun 2020,” ka­tanya.