Gesaan oleh Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Azam Asri itu bertepatan dengan cabaran semasa yang menyaksikan amanah dipikul semakin getir dan memerlukan kesungguhan setiap anak muda mempertahankan kerukunan sebuah negara berdaulat.

Menurut beliau, pada masa sama, semua 50,000 ahli Pembina perlu tampil sebagai mahasiswa yang memiliki jati diri dan bersedia harungi fasa peralihan di dalam pentadbiran negara yang kini berdepan ancaman dari dalam dan luar negara.

“Semua ahli Pembina perlu bersedia pikul amanah demi negara tercinta. Saranan ikhlas ini tiada agenda politik mahupun perkauman sebaliknya satu ajakan menggembleng kudrat serta upaya mahasiswa untuk menentang ancaman sekular dan liberal yang kini semakin bertebaran,” katanya ketika ditemui dalam majlis Minum Petang Anak Bangsa di Ibu Pejabat Pembina, hari ini. UTUSAN ONLINE