Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Seri Tajudin Md. Isa berkata, pihaknya memandu uji kenderaan tersebut untuk melihat kesesuaiannya bagi kegunaan pasukan keselamatan negara.

“Syarikat pengeluar kenderaan tersebut yang menyerahkan kenderaan bagi tujuan penilaian teknikal.

“Kami diberikan tempoh selama tiga hingga enam bulan untuk menilai kemampuan teknikal kenderaan tersebut sebelum diserahkan semula kepada syarikat tanpa melibatkan sebarang kos,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial menunjukkan model Honda Civic Type R atau juga dikenali sebagai FK8 yang dikatakan merupakan aset terbaru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis test drive
Benelli TRK 502

Turut tular ialah motosikal jenis Benelli TRK 502 yang lengkap dengan logo polis dan turut dikatakan merupakan aset terbaru PDRM.

Bagaimanapun, Tajudin menafikan perkara tersebut dan memberitahu pihaknya tidak melancarkan sebarang motosikal peronda baharu seperti yang didakwa. - UTUSAN ONLINE