Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kenyataan seperti itu wajar dikenakan tindakan undang-undang kerana fitnah yang dilakukan boleh memburukkan imej kerajaan serta BN dan UMNO.

“Semua yang diperoleh hasil daripada GST sebanyak RM42 bilion kita kembalikan kepada rakyat iaitu untuk membina infrastruktur, pembangunan, membayar gaji penjawat awam dan membina kemudahan seperti sekolah, hospital dan lain-lain.

“Kita sudah jangkakan kenyataan-kenyataan sebegini daripada pembangkang kerana mereka sentiasa mencari kesalahan kerajaan malah cuba mencabar kredibiliti BN dan UMNO selaku parti yang menerajui negara,” katanya Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Agrobank di sini hari ini.

Semalam, Tony dalam kenyataan berkata, kerajaan yang diterajui BN dan UMNO memilih untuk melaksanakan cukai regresif tersebut bagi menampung bebanan hutang yang ditanggung negara yang kian bertambah dari tahun ke tahun. - UTUSAN ONLINE