Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, hubungan baik yang terbentuk itu secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran pentingnya untuk melunaskan cukai di kalangan rakyat.

“Program ini sudah memasuki tahun ketiga penganjuran dan dirangka sebagai sebahagian daripada pengisian Sambutan Hari Hasil Ke-22 pada 1 Mac depan.

“Di samping mempromosikan gaya hidup sihat, saya melihat Fit Hasil sebagai langkah terbaik ke arah pengurusan tekanan bagi membentuk kakitangan yang sihat mental dan fizikal,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program berkenaan di Akademi Percukaian Malaysia, Bangi, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Dasar), Datuk Noor Azian Abdul Hamid; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Mahmood Daud; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Abdul Manap Dim dan Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Dr. Sotimin Muhalip. - UTUSAN ONLINE